Saturday, December 19, 2009

Perkara Yang Tidak Harus Dibicarakan

Saturday, December 19, 2009

Perkara Yang Tidak Harus Dibicarakan
Terdapat beberapa perkara yang tidak patut dibincangkan oleh kaum Buddhis kerana akan menyuburkan KESESATAN, antaranya ialah:

1) Adakah saya pernah wujud (lahir) pada kelahiran dahulu?
2) Adakah saya tidak pernah wujud (lahir) pada kelahiran dahulu?
3) Pada kelahiran dahulu saya jadi apa?
4) Pada kelahiran dahulu bagaimana keadaan saya?
5) Pada kelahiran dahulu saya jadi apa dan akan jadi apa seterusnya?
6) Adakah saya akan wujud pada kelahiran akan datang?
7) Adakah saya tidak akan wujud lagi pada kelahiran akan datang?
8) Pada kelahiran akan datang saya akan jadi apa?
9) Pada kelahiran akan datang bagaimana keadaan saya?
10) Pada kelahiran akan datang saya jadi apa dan akan jadi apa seterusnya?ATAU tiba-tiba kita timbul keraguan di hati kita lantas tertanya-tanya:
11) Sekarang (kehidupan kini) saya wujud atau tidak wujud?
12) Saya jadi apa sebenarnya?
13) Keadaan saya bagaimana?
14) Makhluk dunia datang dari mana dan akan pergi (selepas mati) ke mana?ATAU yang berkaitan dengan Atta dan Anatta:
15) Adakah Atta saya ada?
16) Adakah Atta saya tidak ada?
17) Saya boleh tahu Atta dengan Atta?
18) Saya boleh tahu Anatta dengan Atta?
19) Saya boleh tahu Atta dengan Anatta?
20) Atta saya merupakan penerima (pada kehidupan dahulu) dan akan menerima (pada kehidupan sekarang) balasan Karma baik dan Karma jahat kerana diri saya kekal abadi, tidak berubah dan akan kekal begitu selamanya?(Atta di sini merujuk kepada "diri yang kekal" atau yang kita fahami sebagai Roh)Mereka yang mempunyai Ditthi (kepercayaan) sebegini tidak akan terlepas daripada timbunan kesengsaraan.Perkara yang harus dibicarakan oleh kaum Buddhis ialah:
1) Dukkha (kesengsaraan)
2) Samudaya (punca kesengsaraan)
3) Nirodha (keadaan bebas dari kesengsaraan)
4) Magga (jalan untuk bebas daripada kesengsaraan).
Apabila diperhatikan, tahulah kita bahawa Buddha tidak menggalakkan kita berbicara tentang perkara yang TIADA kaitan dengan penghapusan kesengsaraan kerana bakal membuang masa. Contohnya, jikalau kita berbahas tentang "kita pergi ke mana selepas mati" sehinggalah tamat hayat kita, jawapannya belum tentu dapat kita ketemukan. Sebaliknya, apabila berbicara tentang Ariya Sacca 4 dan mengamalkannya dengan tekun, kita mungkin akan bebas daripada Dukkha dalam jangka hayat ini. Mereka yang membicarakan 4 perkara di atas (Ariya Sacca 4) dengan sepenuh hati, mampu mencapai Ariya Sangha atau Ariya Puggala (Ariya Bukhon).Nota: Kepada mereka yang suka membincangkan perihal agama Buddha, berhati-hatilah agar tidak "terlalu bijak" sehingga membincangkan perkara yang ditegah oleh Buddha. Perkara yang ditegah oleh Buddha apabila dibincangkan akan menyebabkan kita semakin sesat. Dalam bahasa mudah, kita jadi semakin bodoh, bukan semakin pandai. Walaupun kita lulusan universiti, ada PhD tetapi tidak arif dengan Dhamma Buddha, dalam konteks agama Buddha, kita tetap dianggap tidak bijak. Mereka yang suka menggunakan "rasional akal" dalam membicarakan perihal agama Buddha juga selalu masuk perangkap sendiri. Agama Buddha tidak bercanggah dengan penemuan sains, tetapi rasional akal tidak boleh diterima pakai dalam semua Dhamma Buddha. Rasional akal hanya mampu menjangkau tahap "Sila-Dhamma" (moraliti) tetapi tidak mampu menjangkau tahap "Paramattha Sacca" (kebenaran sejati). Pendekatan falsafah juga merupakan pendekatan paling longgar dalam membicarakan agama Buddha. Kesimpulannya, kita mesti tafsir Dhamma dengan bahasa Dhamma. Jangan tafsir Dhamma dengan bahasa orang nanti orang akan ketawakan kita!Sadhu! Sadhu! Sadhu!


---------------------------------------------------------------

Rasanya Tuan Pena KSB itu sesatlah. Cedok idea orang sahaja.

7 comments:

Anonymous said...

Apa nie ciplakan orang idea ke? Hang orang mana? Sesatkan tuan pena KSB pula ker?
budak kampung

Anonymous said...

Siapa pula kencing dalam blog ini. Nanti aku jampi jadi anak kucing kurap....
tok bomoh

Anonymous said...

Tuan Pena KSB dah sesat oiii
suku sakat

Anonymous said...

Pernah tak Tuan Pena KSB itu tahu tentang agama buddha..apa nie..kolot punya otak.Hang sakit ker?

kumpas said...

TUAN PENA KOMUNITI SIAM BARU itu sendiri sesat! Entah Tipikata mana dia baca!

kumpas said...

Tuan pena KSB penakutla. Mulut dia celupar dan marah-marah bila kita tanya dia dengan lembut.Jangan dok main kitab TIpitaka,sendiri pun tahu baca saja,tapi perangai aduh!...

Anonymous said...

Pena reformasi dah lari masuk utan.Pi cari kitab phra reusi nak lawan phra siam malaysia.Nak bertapa dalam gua mana ,utan mana?