Thursday, March 18, 2010

Budak Jahil @ Ibubapa Jahil

Didikan agama untuk anak-anak siam memang kurang prihatin ibubapa. Ibubapa mereka lebih suka bagi anak-anak mereka mendapat didikan tentang dunia. Bagi ibubapa didikan agama buddha kuno dan tidak perlu. Mereka menganggap agama sekadar cukup dengan membakar colok,lilin ,derma dan tahu sedikit mantra . Cukuplah untuk bagi mereka,sebab agama buddha untuk sami-sami yang tinggal di wat-wat.
Di dalam dunia yang penuh cabaran ini. Ibubapa rela buang duit untuk "enjoy" atau berhidup mewah dalam dunia kosong ini. Hari-hari sibuk dengan perniagaan atau pekerjaan masing-masing. Lupa tanggungjawab mengajar anak-anak tentang agama. Malah tidak berminat menghantar anak-anak ke wat untuk belajar dhamma.
Waktu berlalu,anak-anak mereka akan membesar dalam keadaan gilakan dunia yang kosong ini. Lihatlah kesan-kesanya, bertukar agama,seks bebas,dadah dan jenayah lain. Aduh!..lihat lah sendiri.

Wednesday, January 20, 2010

Apakah Pandangan anda

Apakah Pandangan Anda?Mungkin kita semua boleh menukar idea tentang masalah yang berlaku di antara kaum buddist di malaysia kita. Jangan sekadar menyalahkan orang lain sahaja,cubalah kita tengok apa yang berlaku di sekitar kita dan selesai bersama.Di antaranya:1. Tidak ada orang mengajar dhamma kepada anak-anak yang tinggal berjauhan dengan wat.(bandar atau kampung yang kecil-kecil)2.Ibubapa yang kurang prihatin tentang dhamma.(Dhamma hanya dipakai bila dilanda kesusahan atau bermasalah sahaja)3. Kaum buddhist yang berminat tentang power atau memberi tuah kepada mereka sahaja.( wat atau samnak yang mengajar tentang dhamma tidak mereka berminat)4. Rasanya penganut buddhist semakin berkurangan.5. Kurang pendedahan tentang agama buddha?6. Siapa yang bertanggungjawab?(Kita atau Siapa?Perbincangan ini bukan hendak ciplak idea sesiapa. Cuma, jika berfaedah kepada kita semua,apa salahnya....
Posted by kumpas at 6:55 AM

Khabar dari kelate.

Ramai anak-anak muda kita di kelantan menagih dengan dadah yang menjahanamkan nyawa dan masa depan mereka.Khabarnya ubat ini ada berbagai bentuk dan saluran yang dapat disebarkan.Kesianya masa depan budak-budak yang masih mentah ini.Jika mereka sudah masak takkan menagih ubat ini lagi.
Dengarkata orang: rumah sesiapa yang tidak ada penghuni,malam puak-puak penagih ini akan menginap di sana selepas menikmati ubat khayal yang menggila itu.
Bila tiba tiada wang untuk bekalkan mereka akan melakukan apa saja.Merompak,menyamun dan sebagainya.Bahaya....

Monday, January 11, 2010

siam kita lupa diri




Memang orang siam boleh maju.Memang remaja siam boleh ke depan.Kemajuan yang orang siam kecapi,bukannya dengan senang.Orang siam pun yang berpangkat tinggi.Ramai yang makan gaji kerajaan,di negeri-negeri di malaysia.Ada juga yang berniaga sendiri.Jadi,sudahlah orang siam maju jaya.


Dalam kemajuan yang diterima siam jangan pula lupa diri. Remaja siam hari ini kenalah ingat di mana mereka bermula.Siapa yang menghulurkan segala bantuan kepada mereka.Wat-wat mana yang menyumbang kepada mereka sehingga menjadi orang berjaya.


Dalam berita yang diterima.Orang siam yang maju,lupa diri.Lupa siapa mereka asalnya.Lupa ibubapa sendri,lupa kampung sendiri dan lupa agama sendiri. Tidak percaya tengok-tengoklah siam yang berjaya itu.Komen puak sendiri,entah lupa siapa yang menghulur modal kepada mereka.Lupa agama sendiri.Lupa wat yang memberi sumbangan kepada mereka......................................................(siam berjaya tidak senang bergaul dengan siam,siam berjaya minat dhammakaya,siam berjaya suka tempat urut,siam berjaya suka berjudi,dll.)

Sunday, January 10, 2010

karma lama


Seorang suami yang sayang isteri,mencari apa-apa saja isteri indamkan.Si isteri mengandung anak sulung ingin sangat makan katak goreng kunyit. Orang kerana ingin jimat duit,si suami mencari katak di sawah padi. Oleh kerana karma lamanya,suami terpijak ular tendung lalu mati di sawah padi dipatuk ular tendung sebesar lengan budak.

Sedih isteri menyedari si suami sudah mati. Katak goreng kunyit tidak dapat dimakan. Sesal sungguh si isteri yang kerdil ini. Bila tiba bulan melahirkan anak,bayi perempuan tangan pendek macam katak. entah apa,dosa ini.?

...cerita dari buku karma ...catatan seorang ubasika utara thailand.

Penyakit Karma susah diubati


La Sikkha Kerana Jodoh?
Kata orang, jodoh tak akan ke mana, umpama ikan di laut, asam di darat bertemu juga di dalam periuk.KORAT - Bekas sami yang juga merupakan penceramah agama Buddha terkenal berusia 71 tahun sanggup la sikkha untuk bersanding dengan wanita pilihan berusia 69 tahun. Majlis persandingan diadakan dengan meriah dengan kehadiran tetamu seramai 400 orang. Pengantin lelaki mendedahkan bahawa dia mengenali pengantin perempuan sewaktu jadi sami. Perempuan tersebut menghadapi sejenis penyakit dan sami tersebut berjaya mengubatinya dengan perubatan tradisional sehingga sembuh. Selepas itu, dia minta perempuan itu datang mengamalkan Dhamma (meditasi) di wat. Akibatnya dia jatuh cinta lalu mengorbankan "kain kuning" pada tahun baru 2010 untuk mendirikan rumah tangga.Barang hantaran ialah sebuah rumah berwarna merah jambu yang bernilai 1.3 juta baht dan sebuah Toyota Vios.(Perkara begini tak pelik. Kata orang cinta itu buta. Kisah cinta sami tua dengan Ubasika tua begini pernah berlaku di Kelantan. Beberapa tahun lepas, seorang Phor Than di sebuah wat di Daerah Tumpat dilamun cinta dengan perempuan pisau cukur. Banyak ribu telah lesap sebelum tersedar dan insaf. Risik-risiklah kalau nak tahu lebih lanjut)....................................
...............dalam riwayat lung phu cha pun pernah berkata penyakit ini susah hendak diubati,barangkali tuan pena pun terkena penyakit ini.Kalau tidak takkan la sikka pula.(tau-tau aje la)

Friday, January 8, 2010

malaysia kita aman damai


Marilah kita semua warganegara malaysia berdoa semoga negara kita aman damai. Kita semua rakyat malaysia saling hormat menghormati antara satu sama lain.Sikap yang kita tanami sejak nenek moyang kita marilah semua kita teruskan.