Memang orang siam boleh maju.Memang remaja siam boleh ke depan.Kemajuan yang orang siam kecapi,bukannya dengan senang.Orang siam pun yang berpangkat tinggi.Ramai yang makan gaji kerajaan,di negeri-negeri di malaysia.Ada juga yang berniaga sendiri.Jadi,sudahlah orang siam maju jaya.
Dalam kemajuan yang diterima siam jangan pula lupa diri. Remaja siam hari ini kenalah ingat di mana mereka bermula.Siapa yang menghulurkan segala bantuan kepada mereka.Wat-wat mana yang menyumbang kepada mereka sehingga menjadi orang berjaya.
Dalam berita yang diterima.Orang siam yang maju,lupa diri.Lupa siapa mereka asalnya.Lupa ibubapa sendri,lupa kampung sendiri dan lupa agama sendiri. Tidak percaya tengok-tengoklah siam yang berjaya itu.Komen puak sendiri,entah lupa siapa yang menghulur modal kepada mereka.Lupa agama sendiri.Lupa wat yang memberi sumbangan kepada mereka......................................................(siam berjaya tidak senang bergaul dengan siam,siam berjaya minat dhammakaya,siam berjaya suka tempat urut,siam berjaya suka berjudi,dll.)
3 comments:
"siam berjaya minat dhammakaya" sekiranyalah tuan blogger "kumpas" bermaksud siam kategori ini lupa diri atau lupa wat sendiri saya rasa ia kurang tepat!!. Saya tahu mereka ini (antara contohnya) kalau dahulunya membuat dana ($$$RMRMRM)kepada wat sendiri sekitar RM10/setaip kali, sekarang setelah mengikuti cara Dhammakaya, mereka memberi dana kepada wat sendiri koman-koman pun angka ratus,ribu malah ada yang berpuluh ribu. Mereka juga membantu dalam setiap ngaanbun di wat-wat di kampung sendiri dengan sepenuh hati(dari paling awal-hingga paling akhir ngaan), tidak kenal penat lelah, sanggup tinggalkan kerja sendiri dulu. Motif mereka hanya satu iaitu mengumpulkan bun-barami untuk diri. Saya rasa inilah yang mereka dapat dari Wat Dhammakaya, kerana itulah yang selalu ditanamkan oleh WAt tersebut iaitu supaya sentiasa berbuat baik, sentiasa berpandangan positif dan tidak mencari salah orang (doo-thuk ya doo-phid).
Oh ya, ini satu perkara yg saya rasa perlu di'share' juga, Saya dengar ada di kalangan (bukan semua) pra-pra kita yg dijemput ke Wat Dhammakaya semasa ngaanbun yg besar-besar, apabila pulang yang mereka bincang sesama sendiri adalah "berapa kamu dapat (Baht)yg dithawai?. (Ini saya dengar drp drebar teksi yg kebetulan membawa pra-pra berkaitan). Jadi saya beranggapan "ingat pra-pra ini pergi lihat dan belajar apa-apa yg baru yg mungkin dapat dibawa balik untuk dipraktikkan atau diadaptasikan di wat sendiri, rupanya ini yg difikirkan".
Saya rasa mereka yg meminati Wat Dhammakaya ialah mereka yg ingin melihat pembaharuan dibuat oleh wat-wat sendiri. Bukan duduk ditakok lama. Yang saya boleh ingat dan lihat sejak zaman saya kecil hinggalah sekarang tiada banyak perubahan dari segi mempromosikan pengetahuan dhamma kpd umat oleh wat wat kita (wat siam). Kalau masih beginilah jadinya apa yg dihentam bum..boom...bum oleh "blog ksb" itu akan berterusan.. Kenapa tak cuba belajar cara Wat Dhammakaya...mereka mula dari o...hingga boleh mengumpulkan umat begitu banyak dari kalangan budak-budak ..hingga ke orang tua, miskin kaya, semua nampak bersih, berdisiplin bila masuk ke wat.Mereka juga banyak memberi(mengadakan banyak 'charity')bukan ashik menerima sahaja saperti wat-wat kita.
O.k. setakat ini dululah... kerana bukan suka komen banyak pasal orang lain. Takut terkumpulkan barb pula. Diri pun banyak kilesa lagi.
Peminat Dhammakaya!!
Tidak salah memberi sumbangan kepada wat mana-manapun.Tetapi kalau kita hanya pakai sadda sahaja tidak berguna,mesti ada minda juga.
Kenapa kita hanya memberi kepada Wat Dhammakaya sahaja sedangkan Wat lain-lain di Thailand,Myanmar,Sri Lanka,India dan banyak negara lagi yang dapat beri.Malaysia sendiri pun wat ada banyak di pendalaman.Kenapa tidak tamboon?
Di thailand pun wat banyak juga,kenapa hanya menderma kepada Wat Dhammakaya sahaja.Wat-wat lain pun ingin membangun.Kalau tuan kata di Wat Dhammakaya sahaja ada samadi vipassana rasanya silap. Tempat lain pun banyak lagi.
Wat Sangkhatan pun ada contohya.Malah wat ini tidak bercakap pasal tamboon duit,tetapi mengajak kita tamboon dengan hati.Dalam internet pun Wat Sangkhatan selalu mengajak kita vipassana,bukan vipassanok (tamboon dengan Wat Dhammakaya "sanok"sebab dapat boon banyak,boon besar).
Cubalah tuan atau kaum buddhist tengoklah sendiri,kenapa kita mesti membuat image buddha sendiri di Wat Dhamma Kaya.Bukan harganya pun Rm1k ke atas.Maknanya orang miskin tidak ada peluang untuk menderma? Kesian dia orang miskin.
Pandai-pandailah menderma,pandai-pandailah mencari boon.selamat menderma dengan hati yang mulia.
siapa selalu lupa diri?
Post a Comment