Sunday, December 27, 2009











Cara Menggunakan Harta Yang Betul
Penganut agama Buddha yang bijaksana wajib mencari sumber sara hidup (harta) yang halal dengan titik peluh, ketekunan dan kesabaran. Tetapi mencari sumber sara hidup dengan cara yang halal sahaja belum mencukupi. Kita seharusnya menggunakan sumber sara hidup (harta) tersebut dengan cara yang betul mengikut ajaran Buddha. Bagaimanakah cara yang betul itu? Antaranya ialah:
1. Menyara diri sendiri, ibu bapa, anak isteri, dan orang-orang di bawah jagaan dengan penuh kebahagiaan.
2. Meraikan sahabat, rakan sekerja, jiran tetangga dan sahabat seperjuangan dengan kebahagiaan
.3. Bagi menjaga keselamatan diri dan keluarga.
4. Buat kebajikan
5 perkara, iaitu:
a) kebajikan kepada saudara mara;
b) kebajikan kepada tetamu (menyambut tetamu dengan makanan dan minuman;
c) kebajikan kepada mereka yang telah mati (tambun uthit);
d) kebajikan kepada kerajaan (membayar cukai kerajaan);
e) kebajikan kepada Devata* (membuat pemujaan, tambun uthit, atau membuat persembahan kepada "perkara" yang dipuja mengikut kepercayaan masing-masing);
5. Menjaga Samana dan Brahmana yang mengamalkan kehidupan mulia (menjaga Sangha). *Dalam Chulla Nithed, diberikan definisi Devata sebagai "Perkara yang menjadi pujaan individu/masyarakat". Siapa puja apa, benda itu adalah Devata baginya. Pada zaman Buddha "perkara" yang menjadi pujaan masyarakat ketika itu terbahagi kepada 5 iaitu
:1. Banpachit (nakbuard), misalnya Ajivok adalah Devata bagi pengikutnya. Nikron, Chadin, Parippachok dan Dabod adalah Devata kepada pengikut masing-masing.
2. Haiwan peliharaan, misalnya gajah, kuda, lembu, ayam, burung dll adalah Devata kepada pemujanya.
3. Alam dan elemennya, misalnya api adalah Devata kepada pemuja api. Permata, arah, bulan atau matahari adalah Devata kepada mereka yang memuja perkara itu.
4. Devata tahap rendah, misalnya Naga, Geruda, Yak, Khonthan, (Phra Bhumi) adalah Devata kepada pemujanya mengikut kepercayaan masing-masing.
5. Devata tahap tinggi, misalnya Phra Phrom, Phra Indra adalah Devata kepada pemujanya.Bagi mereka yang masih mempunyai kepercayaan terhadap "Devata" di atas, agama Buddha mengajar agar mereka meninggalkan pemujaan yang melibatkan "pengorbanan nyawa" (bucha-yan) untuk persembahan kepada Devata masing-masing. Sebaliknya melakukan "bucha-yan" cara baru iaitu membuat sedekah (dana) dan mengamalkan kebaikan (kuson) yang memberi faedah. Manakala hal berkaitan dengan kepercayaan mesti diperbetulkan melalui pembangunan minda (sehingga mencapai Samma Ditthi).Sekiranya kita menggunakan sumber pendapatan atau harta dengan cara yang betul, kita berpuas hati seandainya harta itu habis dibelanjakan. Sekiranya sumber pendapatan kita bertambah, kita berbangga kerana kita mencarinya melaui cara yang halal. Kesimpulannya, penganut agama Buddha yang bijaksana harus mencari dan menggunakan pendapatan atau harta dengan cara yang betul. Pendapatan atau sara hidup yang diperolehi daripada sumber yang salah (rasuah, menipu, memperdaya orang lain, makan duit kerajaan, makan duit masyarakat, duit wat, duit persatuan, duit syarikat dll) dan dibelanjakan ke jalan yang salah pula, kita akan menanggung kesengsaraan hati seumur hidup. ..

...siapa yang makan kenyanglah dia...tuan pena ada makan ker?

4 comments:

Anonymous said...

bucha yan itu apa? siapa yang melakukan bucha yan?

Ahli Pesilar said...

napa diam brader? habis modal ke? tulis pun tulis la jangan sampai rosakkan nama Pesila?SBA. Kamu sedar ke komen-komen yang kamu siarkan tu bukan kutuk ksb. tapi kutuk orang lain dalam Pesila. aku takut kamu sepit di tengah.

jangan jadi tikus baiki labu ajer. ksb tak akan diam diri kerana maki hamun. dia ni pistol pun tak takut. jika dia tau siapa kamu kumpas, nahas kamu. gengstar cina Kl pasti kerjakan kamu.

aku nasihat ajer. kamu buat keputusan sendiri. siam kelate di Kl yang tau blog tak ramai. suatu hari dia akan kesan kamu. puak ksb tu psiko sikit.

buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.

KSB said...

Woi, budak kamu orang sama ke yang buka web bagi Pesila? Kalau kamu kenal aku, marilah kita jumpa, sembang-sembang. Aku nak tahu adakah aku pernah mengata kamu!

kumpas said...

Bucha yan itu ramai yang bucha.Sebelum zaman buddha,orang dah bucha yan.